Tuesday, November 2, 2010

seken november

Posted by our stori mori *_* at 1:30 PM 0 kata kata laser


ha, amik kau.tak payah nak berTITANIC sangat la kan.

:DD

Monday, October 4, 2010

why?

Posted by our stori mori *_* at 1:53 PM 0 kata kata laser
semua da berubah.
semua da lain.
semua da pergi.

Monday, July 19, 2010

graduation day....lalalaal...

Posted by our stori mori *_* at 5:05 PM 0 kata kata laser

heppy gler ble hari graduation da tibA..


tp...berbaloi kah dengan aper y kte usahakan??? terpulang pd pendapat masing...


bangga ibu bapa kte ble tgk kite naik pentas sambey menggenggam segulung kertas bernama diploma...


semoga aq n kawan2 aq sume sukses dlm hidop masing2 yang lbh mencabar...~

Monday, May 31, 2010

tak mengerti.

Posted by our stori mori *_* at 1:13 PM 0 kata kata laser
"jangan cakap kau kenal dalam and luar orang tu kalau kau tak pernah duduk serumah dengan dia"

"tak semua benda kita perlu cerita kat kawan kita eventhough dia kawan baik kita"

"inilah yang dinamakan kawan,bila kita cakap belakang marah,tapi bila kita tegur,buat muka pulak,sentap and sometimes tak dengar pun apa yang kita tegur"

"jangan tanya pendapat orang kalau kau taknak dengar and terima"

"jangan ingat kau boleh maki hamun,aku takut dengan kau"

"jangan bangga sangat dengan diploma kau tu,setakat diploma je pun,banyak lagi orang yang ada degree tak dapat kerja pun lagi"

Friday, May 28, 2010

Kenapa pa pa syuu du du!

Posted by our stori mori *_* at 4:08 PM 1 kata kata laser
Title diambil dari petikan lagu Daus AF8, takda kaitan pun dgn lirik lagu nye :D.

Sudah-sudah lah kalian yang tidak berpuas hati dengan kami. Mau ape lagi? mau Maulana kah? agagaga. Anda hidup dengan cara anda, kami di sini dengan kehidupan kami k, kami nak gaduh perang aman damai ke lantak pi kat kami la. Di saat ini, kami sangat bahgia disamping keluarga, rakan-rakan dan sanak saudara. Kami doakan kalian juga begitu, bahgia disamping insan tersayang, luangkan masa dengan mereka lebih baik daripada kalian meluangkan masa mencemuh dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya terhadap orang lain :)

*If kami salah, mohon maaf dipinta la ye, dah penat nak simpan dalam bagai.
so chill ;)

p/s : rindu wayang weh. damn!

Thursday, May 27, 2010

to : stupid dump-dump ~

Posted by our stori mori *_* at 7:56 AM 0 kata kata laser
memg kau bodoh
memg kau tolol
memg kau bangsat

tu jer yang sesuai utk org mcm kau... kitorg bertiga sume berkejaya, xder mase nk pk mase silam... byk lagi keje nk buat...

Tuesday, May 11, 2010

kau bangsat.

Posted by our stori mori *_* at 3:48 PM 0 kata kata laser
OMG.
i HATE u.

Friday, April 9, 2010

to my dear bff...

Posted by our stori mori *_* at 9:23 PM 0 kata kata laser

We've joined together as classmates
as the new year begins...
A year full of learning
while we become friends.
We'll share and be kind
as we work and play.
And our friendship will grow
with each passing day...

sazanum sazizam binti mohd shuhaimi, nor nadia faziana binti sulong and.. mas mira binti..er..er.. (sory.. xingt...)


Saturday, April 3, 2010

EENIE MEENIE - JUSTIN BIEBIER

Posted by our stori mori *_* at 6:05 PM 2 kata kata laser
RINDU BLOG :((

TAPI MALAS MAHU MENAIP.

HAIH

Monday, March 22, 2010

santau.

Posted by our stori mori *_* at 5:47 PM 0 kata kata laser
tengok tajuk pun da takut.
tak faham kenapa kalau tak puas hati dengan seseorang tu, sanggup santau2 manusia tersebut.
eish, kalau tak puas hati sangat tu, cakap jela kot.
tak payah nak seksa batin orang.
kalau orang tu jahat mana sekali pun, jangan lah sampai nak santau menyantau pulak.
kesian kot. :(
da banyak kali dengar cerita orang kena buatan la, santau la.
dorang ni tak ada kerja lain gamaknya.
ish, sejahat2 sehina2 aku pun, tak sampai hati la nak menyantau orang.
baik aku marah kat dalam blog je (tapi karang ada pulak orang hentam tiba2 :P)
daripada menyantau orang, lebih baik la kita bentang sejadah, minta petunjuk dari Nya.
lagi bagus suci dan murni kot.
anyway, cerita SANTAU best. tibe2. hahah

p/s : da lama giler kot tak menaip.


tengah google2, gambar ni pun terselit gak kat images result.apeke??

Friday, February 26, 2010

Posted by our stori mori *_* at 3:38 PM 0 kata kata laser

I see you
I see you
Walking through a dream
I see you
My light in darkness breathing hope of new life
Now I live through you and you through me
Enchanting
I pray in my heart that this dream never ends
I see me through your eyes
Living through life flying high
Your life shines the way into paradise
So I offer my life as a sacrifice
I live through your love
You teach me how to see
All that's beautiful
My senses touch your word I never pictured
Now I give my hope to you
I surrender
I pray in my heart that this world never ends
I see me through your eyes
Living through life flying high
Your love shines the way into paradise
So I offer my life
I offer my love, for you
When my heart was never open
(and my spirit never free)
To the world that you have shown me
But my eyes could not division
All the colours of love and of life ever more
Evermore
(I see me through your eyes)
I see me through your eyes
(Living through life flying high)
Flying high
Your love shines the way into paradise
So I offer my life as a sacrifice
And live through your love
And live through your life
I see you
I see you

* lovelovelove!

Tuesday, February 23, 2010

Sharing is Caring : Kenali Teman Wanita anda :)

Posted by our stori mori *_* at 7:16 PM 1 kata kata laser


Mari-mari kita bicara mengenai kenal mengenali, jika dulu aku penah wat post mengenali lelaki kan,sila klik link:) sekarang, turn wanita pula :)

Perempuan ni banyak maksud tersirat die sebenar nya. dan selalu juga lelaki terkeliru dgn teman wanita kalian kan

."Tadi cakap lain, Sekarang tak ley pulak, U nie kenapa marah." <-- antara kata-kata si lelaki. Disenaraikan beberapa bait-bait perkataan yang kebiasaannya dapat didengari. Jum selami apa yang teman wanita kamu sedang maksudkan.

1.
FINE!! (ok!!)
- Perkataan ini akan digunakan oleh teman wanita anda sekiranya dia betul dan untuk menamatkan pertelingkahan. Paling penting di sini kamu perlu diam pabila ayat ini dikeluarkan. Jangan banyak tanya ok.

2. 5 MINUTES (kasi i 5minit/ok, 5 minit je)
- Sekiranya dia sedang bersiap untuk keluar dengan kamu, ini bermaksud lagi 30minit.
- 5 minit adalah 5 minit bila kamu hanya diberi 5 minit untuk menonton bola sebelum kamu perlu membantunya membuat kerja yang disuruh.

3. NOTHING (tak ada apa)
- Kamu tanya kepada teman wanita kamu dan dia berkata "nothing". Ini menandakan "something" dan kamu patut bersedia dengan perubahan emosi hormon diri teman wanita kamu.
- Pergaduhan yang bermula dengan "nothing" akan berakhir dengan "fine".

4. GO AHEAD (try la buat..)
-Ini adalah cabaran dari dia. Bukan keizinan! Lebih baik batalkan niat kamu ye.

5. LOUD SIGH (huh../hurm..)
- Ini sebenarnya bukan ayat tetapi bunyi hembusan nafas keluhan yang kuat. Banyak lelaki yang tersalah faham. "Loud Sigh" bermaksud teman wanita kamu dah bosan, dan mungkin malas untuk melanjutkan sesuatu pergaduhan yang kecil-kecilan atau pun bahasa kasarnya bergaduh dengan kamu mengenai satu benda yang bodoh.

6. THAT'S OKAY (ok, tak apa..)
- Perkataan yang paling bahaya yang boleh diungkapkan kepada kamu! Maksudnya, dia akan berfikir panjang selepas ini tentang bagaimana nak membalas dendam perbuatan kamu. ops!

7. THANKS
- Seorang perempuan berterima kasih kepada kamu. Jangan tanya kenapa atau sebab apa dan sebagainya. Cakap saja sama-sama:).

Selamat beramal:) Mungkin hubungan kamu dapat diselamatkan dan akan bertahan lama.

p/s : sebagai gadis, ada benarnyee penerangan di atas:)

Sumber ; ntah mane ntah, lupe sudah. di olah kembali oleh Nud:)

Friday, February 19, 2010

team rock at.

Posted by our stori mori *_* at 11:09 PM 2 kata kata laser
lama tunggu, sangat lama.
akhirnya masa yang dinanti tiba.
tapi aku tiada, hanya sementara.
oh, tak mengapa.
aku cukup suka.







Qurratul ; ouh, dia ni sentiasa meriah dengan mulutnye.hee jangan marah B)

Ekin ; yang ni pulak asyik loye buruk sampai naik loye aku layan :P

Simah ; still comel macam dulu, and lurus2 je cam dulu. suke2! :D

Iqfa ; da lama tak jumpa makin taktau pula nak cakap apa.hee sorry ye >_<

Ain ; yang ni si budak gedik, dah la datang lambat, tapi takpe, asalkan dapat jumpe :)






sangat rindu mereka.
awww~

p/s : ada lagi 30rang takde, Qayyimah, Sham n Iqhka. takpe2, lain kali ye :)


Friday, February 12, 2010

make sense or not??

Posted by our stori mori *_* at 9:11 PM 4 kata kata laser
rasa bosan?
sedang bosan?
nak bosan?


sila baca.

wishlist~

Posted by our stori mori *_* at 12:56 PM 6 kata kata laser
planning about the next holiday.yeay!

calon-calonnya :

- genting highland.snow world bebeh!

- pulau kapas!yeeha~

- lost world of tambun..?

- rumah 4musim/taman tasik perdana.adventure sikit :)

- singapore. tapi nak kena buat pasport ye pada yang tiada.

- and last but not least.if ade rezeki yang melebih BALI yuols~


p/s : mira, jue, najwa, ateng, awie, yan, ida, kak zura, kak nad, nud, wahead, tiqatun yg ni wajib ikot ye. :P

Wednesday, February 10, 2010

dating.♥

Posted by our stori mori *_* at 11:12 PM 3 kata kata laser
date : 8hb Februari 2010
event : movie marathon bebeh!
mood : happy, super duper excited! , enjoy~


4 movie in one day!

jem jam jem.grr




date : 9hb Februari 2010
event : surfing the internet, lepaking..?haha
mood : after presentation, waiting, bored, enjoy~

cake.drinks.laptop




date : 10hb Februari 2010
event : its makan time!
mood : after MMU briefing, planning, super duper happy, enjoy~



mozarella baked fish.yummy!

chicken steak burger.yum2!

chicken cordon bleu.yummies!

classic cheese cake.Ouh my Coach!

the.end

college?? buh-bye! :)

what if?

Posted by our stori mori *_* at 10:42 AM 0 kata kata laser

jom kita berimaginasi

~~~~weeee~~~~



*********************************************************************************

kalaulah dapat putar balik waktu, waktu bila yang anda nak balik semula ke situ?
nyatakan bila, dan sebab mengapa.

*********************************************************************************

Nud ; mari mari kite ke lalaland sebentar, moh!
kalau la kan kalau laaa dapat putar balik waktu ni bak kate AXL( alaa artis kumpulan dulu2 tu haa) dengan lagu nye yg bertajuk andai dapat ku undur waktu, lagu tu agak best pernah menjadi kegemaran diri sendiri huee. ok dah dah, jum jum kita putarrr waktuuuu!
haa k, aku kan nak sangat balik ke alam sekolah menengah di kala aku form 4 / form 5 (2004/2005) sebab nye kan sebab nyee, time ni lah permulaan bagi kejayaan&kegagalan aku, sumpah serious menyesal oh tak study secara sistematik time ni, orang kata form 4 tu bulan madu, so mmg bermadu madu la aku time tu, belaja langsung hampeh! first exam addmath 80++ bebbbbb, biologi pun 80++ gakk (bangga diri jap) tp dah sampai suku taun tu haa addmath? bio? physic? chem? sume 8G ok :((
sedih mak bapak aku tgk aku nye result. hishh
nak amik SPM balik boleh tak?? tapi umur pun still nak 17, boleh???
kalau dulu SPM terbaik, mesti dah sampai oversea dah sekarang :/
|
|
|
|
|
|
**
*

xaxa
oh oh excited ni! baiklah.mari kita ke lalaland~~wuhuuuu
tahun dipilih : 2005
mengapa kenapa :
waktu ni form4.best sangat.sebab geng dengan 1Malaysia.ahha.
result PMR pula agak bagus (ceit,PERASAN)
masa tu aku buat keputusan yang sangat lah bengap lagi bangang.haish.pergi masuk sekolah teknik.aiyoh.ooooo sangat lah bodoh.
kalau aku tak pergi masuk sekolah tu, mesti result SPM aku tak seCANTIK yang aku dapat dulu.
and if aku tak pergi masuk sekolah tu mesti aku da ada kat oversea sekarang ambil medic.waaaa best woh!
tapi apakan daya,masa tidak boleh diputar semula kan.and satu lagi yang buat aku terima je apa yang ada, pesan dari sorang kawan aku ni. tu macam da jadi ayat trademark dia la.ahah.
NASIHA AMIRA selalu berpesan "apa yang jadi tu ada hikmah disebaliknya"
yeah!jadi saya dengan ini berpegang kepada prinsip tersebut.(kot)
anyway, jadikan membaca budaya kita okay X)
|
|
|
|
|
|
**
*
waHead<3

year : 2005~2006
reason: cz thn tu la aq form six... mase tu best gle cz aq bt hari guru kat sekolah
aq.. mase tu jgk aq berjumpe ngn seseorg yang slalu beri aq semangat..
tp....kalau la 1 subject tu aq dpt principal... tentu sekarang aq da
menggengam segulung IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
bidang ape-ape yang aq apply dlu... hehehe.... rindu mase tu cz jumpe ngn
kwn2 yang gle2 cm aq jgk... sebenarnye xdela gle st... tp blh la...~ heheheh
xsangke da 4 tahun....~ semoga memori ini menjadi kenangan manis dlm
hidup aq.........

*************************************************************************************

tapi hakikatnya masa tak boleh diputar semula.yang pasti kita kena tabah dan redha menerima segala apa ujian dari Allah SWT.

Sunday, February 7, 2010

knock...knock..knock....

Posted by our stori mori *_* at 9:50 AM 4 kata kata laser
Venue : apartment seri mutiara, putra height, subang jaya (umah nudnuxx)

masa : 9.45 am

aktiviti : golek2 sambey online....

feeling : seronok gle jumper kwn baik...



Friday, February 5, 2010

tak tahan nyah.

Posted by our stori mori *_* at 8:29 PM 6 kata kata laser



memang cannot go lah!
ahahhaha
:DDDD

sumber : facebook kawan kepada kawan



Thursday, February 4, 2010

tak sabar!

Posted by our stori mori *_* at 8:52 PM 2 kata kata laser
lagi berapa hari je lagi.

jadual pack!

cant wait!

balasan.

Posted by our stori mori *_* at 7:31 PM 2 kata kata laser


sila la baca.

sumber : ohislam.com

mintak jauh!

Posted by our stori mori *_* at 1:24 AM 2 kata kata laser
I post because I care.

Tolong disebarkan ke semua kenalan & e-mail yang Anda punya, khususnya wanita.

CUCI BRA dan PAKAIAN2 BARU Anda, sebelum dipakai. Banyak orang yang melakukannya, ini sebagai peringatan bagi yang tidak melakukan-nya. Baca dan persiapkan diri Anda untuk melihat gambar ini. Kami tidak tahu parasit apa yang ada didalam pakaian ketika kita membelinya.

Ya Tuhan. Menjijikkan. Kirimkan ke semua wanita!!!
CUCI BRA BARU Anda sebelum Anda memakainya!! Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!!

Setelah Susan McKinley (Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya, tidak ada yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.

Setelah ia kembali, ia menemui dokter karena sudah dimulainya rasa sakit. Dokter tidak tahu penyakit apa yang di derita nya, dokter memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, ia mulai mencari dokter2 terbaik. Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Sialnya sang dokter sedang berlibur. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.

Susan terkejut, setelah ia membuka perban nya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidah tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan kanal susu payudaranya!

nauzubillahiminzalik...

sumber : http://www.facebook.com/photo.php?pid=99
009&id=100000384492192&ref=m

p/s : takut kan? ya Allah, minta jauh.aminnn.

Tuesday, February 2, 2010

ish!!

Posted by our stori mori *_* at 2:24 PM 0 kata kata laser
penatla.


cookie, kau ni memang kan. ish, dasar binatang.

sakitla.


yang kau ni penyakit bila nak sembuh?asyik kena tahan sakit je tau.

malasla.


kenapa perlu buat report.nyampah la!



ish!

Wednesday, January 27, 2010

lallalalalala

Posted by our stori mori *_* at 8:11 AM 13 kata kata laser
oh!tidak.com

best! pengubat dikala duka dan kebosanan. 2 thumbs up!! ::DD


p/s ; gaduh?serang?perang? oh tidak.tu semua zaman jahil tu,zaman otak bengap.sori,saya da berhijrah :)

Tuesday, January 26, 2010

dear Mr.Morgan :)

Posted by our stori mori *_* at 8:12 AM 5 kata kata laser
Quotes by Mr.Morgan

"Enjoy the class eventhough you dont like the lecturer"

"EGO will destroy you!"

"Planning is not only sit at the table and writing"

"Kebersihan bukan sekadar melihat sahaja,ia melibatkan otak kita juga"

"Trauma can kill yourself"

"I dont like hanky panky"

"Wear smart, then it will be positive"

"There is no 2nd chance for the 1st chance"

"When a projct manager makes a decision,must based on value, NOT emotion!"

"Bila buat keputusan berdasarkan emosi, selalunya keputusan itu adalah salah"

"Your life is a project!"

"Your job is to set your job done!"

"Be careful , dont be fool"

"Instructions must follow!"

"You cannot runaway from your project"


lepas ni siapa nak bagi kata2 semangat macam ni lagi.
even ramai yang tak suke mr.Morgan,tapi i heart you lah mr.Morgan :DD

Monday, January 25, 2010

wakluuuuu

Posted by our stori mori *_* at 11:40 AM 3 kata kata laser
tidaklah ku sangka
panggilan mu itu tidak setaraf dengan
perangai mu yang kebudak budakan tu
haisshhh
suka sangat melagakan orang
batu api la
ikan laga la
aduhai~~

pahal plak?!

Posted by our stori mori *_* at 8:23 AM 18 kata kata laser
counting the days

excited :D

happy :)

but



after this

what will happen?

pursue degree?


or


working?


hmmm :(





Sunday, January 24, 2010

ye... itu kami....

Posted by our stori mori *_* at 9:48 PM 21 kata kata laser
1. kami memang jahat, tp kami xpernah mintak simpati dari org lain utk nilai sape kami...
2. kami memang jahat, tp kami xpernah nk bt2 muke ayu depan org utk nampak baik....
3. kami memang jahat, tp kami xpernah tegakkan benang yang basah.. yang fakta tetap
fakta...
4. kami memang jahat, tp kami xpernah nak ungkit blik cerite lame ble kami da
benci+bosan
dgn kenangan silam yang memualkan!
5. kami memang jahat, tp kami xpernah nk cari masalah dgn org lain kecuali org tu da bt
taik kat kitorg...

pokok pangkal nyer... ape pon yang kami kate dlm blog... sape mkn cili dy rase pedas... yang x mkn cili pon tbe2 nk panas.... xphm la manusia sekarang ni.... suke sgt nk mulut kami ni bercerita mengenai mereka... da la x famous... tbe2 nk mencapap kat blog kami.... btol kate pepatah... susah nk puaskan hati semua org ni.....

awww!

Posted by our stori mori *_* at 9:24 PM 1 kata kata laser
sayangnya anda semua pada kami bertiga..



terharu seyh!

Friday, January 22, 2010

sampai seru nanti....

Posted by our stori mori *_* at 11:45 AM 22 kata kata laser
gmbar dari internet... dy da bertunang....



veneu : dalam bilik tido....

masa : pukul 12.30 am...

posisi : golek2 atas katil smbey bergayot dgn hp z610i colour pink edaran tims..

tajuk : tahun depan nyer agenda...

si dia berbincang yang si dia cm da nk pikul 1 tggjwb baru... si dy nk jge aq...so....
xtau la jadi ke x...
ni baru perbincangan hati ke hati.....



??

Posted by our stori mori *_* at 9:22 AM 8 kata kata laser
kenapa orang kadang2

1. tengah gelak2 ni, tibe2 je da senyap, masam muka.hm?

2. suka sangat cakap "aiman TAK KESAH".hm??

3. suka cakap putar belit.semalam janji lain, hari ni janji lain. hm?

4. tak suka mengalah, and suka salahkan orang lain. hm?

5. suka tak mengaku salah sendiri.menegakkan benang yang basah.hm?

6. suka berlagak pandai, padahal kau sama bodoh je dengan aku.hm?

7. tak sedar apa yang dorang cakap tu boleh kecik kan hati seseorang.hm?

8. tak boleh terima keburukan orang lain.hm?

9. suka cakap orang, padahal kau pun sama macam orang yang kau cakap tu.hm?

10. depan cakap suka, belakang muka mencuka.hm?




conclusion is, tak semua manusia perfect.betul tak ZAF? :DD

number 1-10 semua ada kat aku la aku rasa.hahah :P

Wednesday, January 20, 2010

hola

Posted by our stori mori *_* at 3:44 PM 5 kata kata laser
Jueves
Viernes
Sábado
Domingo
Lunes
Martes
Miércoles
Jueves
Viernes
independiente!!!!

quieren trabajar o estudiar?

oh i love español :)


Monday, January 18, 2010

gud bye praktical... welcome pengganguran...

Posted by our stori mori *_* at 9:19 PM 1 kata kata laser












diam x diam... practikal pon da nk hbs....
rase seronok n teruja ble da hbs n hampir 85% (anggaran je..) siap dlm alam diploma...
tp kerje report x sentuh2 lg....
maslah mls semakin menjadi2...
yela..
asyik nk kene wat report jer...
da cm journalist je aq ni...
cm nk muntah2 aq bt...
hasil nye aq x la mintak agak memberangsangkan....
tp cukup la sekadar bermutu n berkualiti...
gle la ayat! da jagkit jinud la ni!!
so...

harapan baru pas ni....
tempuhi cabaran hidup dgn sabar n tabah....
mase depan yang harus di capai...
rindu plak kat kawan2 kolej...
rindu tyme gadoh... hehehe.... gurau je...
rindu tyme sem dua.... kecuali... tttuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttt.........
hehehe...

lastly.....

hope ade la boss yang nk terima aq keje... bt2 muke kesian sket...

bwh ni lagu utk kwn2 aq...
yang name kawan je k! yang lain jgn nk perasan!

Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
Even with our fists held high
It never would have worked out right, yeah
We were never meant for do or die...

I didn't want us to burn out
I didn't come here to hurt you now I can't stop...

I want you to know
It doesn't matter where we take this road
Someone's gotta go
And I want you to know
You couldn't have loved me better
But I want you to move on
So I'm already gone

cuci mata di pagi hari.

Posted by our stori mori *_* at 9:22 AM 7 kata kata laser
pagi ni terlambat.
da tau naik tren tapi mate tu saje je tak nak bukak.
haa kan da lambat sampai kat LRT.
sampai ofis pun ngam2.


tapi kan tapi kan
tadi dalam tren ade sorang mamat ni
aww hensem
macam orang indonesia tu
pelakon ok pelakon!bukan PATI <<-- pinjam kata2 nudnuxx muka die macam nicholas saputra tu sirius! mule2 cuci2 mata la kan. tapi aku rasa kan die kan GAY



aahahhah
because die selak rambut die macam perempuan
pastu dengan lemah gemalai nya tangan die membelai2 rambut die ahahha.


lebih kurang camni la muke die.aww!

Friday, January 15, 2010

RapidKL : U65

Posted by our stori mori *_* at 10:56 AM 3 kata kata laser

abaikan E1 itu:)

Sedikit review tentang manusia-manusia yang sering aku ketemui sejak menjadi penumpang tetap bas U65 RapidKL hampir 4bulan yang lalu :

Kak Zura ; gadis berusia 24tahun berrambut lurus(rebonding kot) paras bawah bahu, agak cantik dipandang mata bekerja di Public Bank di Sg Way sebagai Teller (betul ke idak ejaan nye) yang keja uruskan transactions sume tu haa. Salu set temujanji dengan aku apabila pulang dari keja.
Akak ni g keja pretty pretty wow! balik keja pucat lesi uuu. Tp die sangat baik :)


Auntie India ; perhh! auntie seriusss kepoh gile dan beliau juga bertindak sebagai penyelamat ataupun bodyguard kami ( penumpang-penumpang wanita warganegara MALAYSIA). Selalu jadi first lady yang naik bus dan chopkan tempat untuk kami. hahah bestbest. Dan pabila terdapat sangat ramai PATI(pendatang asing tanpa izin) auntie ini akan mengepakkan tangan beliau seluas yang mungkin untuk menghalang PATI2 ini. Bravo auntie :) iloveyoulah

Makcik berkacamata ; sangat lemah lembut makcik ni, suka bace buku yang berunsurkan Islam, juga suka duduk di sebelah aku jika tiada orang disisiku di kala itu.

Akak sukacakap ; haa akak ni salu jumpa die, bile dok sebelah die, makkk haihhh! kering tekak eden ni haa melayan akak ni sembangg. tp besttt! :D

Lelaki berkacamata ; mamat ni salu jumpa time balik, boleh tahan hensem kot, salu jeling kat die gahahaha. gatal nauuu(copy paste sazasazi)

Lelaki bertopi ; haa, mata mamat ni pehhhh sangat bulat dan luas terbukak pabila memandang orang, takot aku!

Lelaki Cina ; die ni kan aku rase pagi2 mesti x mandi, rambut serabai, busuk!! ishhhhhh

Gadis India ; Akak ini cantikkk, die suka pakai baju kurung dan selalu mengomel pabila pemandu bas lambat ataupun tidak berhenti di perhentian tertentu

Kembar Aril(AF7) ; hensem! serious!!! suke senyummm :) tapi tapi tapi sayang seribu kali sayang bahasa penghantar yang digunakan oleh lelaki ini membuktikan dia adalah PATI. sedihh aku.

haa ni lah antara manusia-manusia yang aku sering teserempak, ada lagi tp malas pula.
lepas ni da tak naik bus ni daa, da susah nk jumpa mereka-mereka da.
kenangan kenangan:)

bemacam-macam ragam manusia kankan.
itulah colors of life (kan wahead kan :D)



Thursday, January 14, 2010

HELLO ANDA..

Posted by our stori mori *_* at 5:10 PM 1 kata kata laser



KENAPA EH ANDA SESUKA HATI MENGAMBIL ALIH KOORDINAT KAMI?
BARU LAGI KOT ANDA NI. HAIHH
MENJAWAB PULA TU
SPOIL!

MASIHMAMPUSENYUM:)

eh?

Posted by our stori mori *_* at 4:44 PM 2 kata kata laser
tak payahlah nak berlagak pandai sangat.





















menyampah tau tak.

Inginkan bibir yang mulus?

Posted by our stori mori *_* at 10:47 AM 0 kata kata laser
wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik ; cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress ; perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Utk pelembab ; agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci'

"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Utk punya bibir cantik ; bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati org lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing mulus ; diet yg teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Mknlah mknan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Utk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dgn demikian kita akan byk dikenal dan disayangi..


RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL:)

credit ; http://academic-division.forumotions.com/knowledge-morning-talk-f18/cara-mandi-wajib-yg-betul-sedikit-petua-t55.htm

Info : Mandi Wajib yang betul :D

Posted by our stori mori *_* at 10:28 AM 2 kata kata laser
Utk melakukan mandi wajib yg betul,seseorg itu tidak blh melakukannya dgn hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bagi memblhkan seseorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama Islam gombak timur dan penceramah, didpti ramai umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi slh satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorg itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dgn betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak blh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorg itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

"Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."

Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.


"Bagi perempuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: "

"Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."

Manakala bagi perempuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
" Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranyadia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah."

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. "jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib lah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

"Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetepi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."

"Tapi dalam hal ini, jgn pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah? Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa solat dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang serius oleh umat islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, ustaz hj mat jais menegaskan, sebab2 nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak (wiladah).

"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, se elok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh."

RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL:)

credit to ; http://academic-division.forumotions.com/knowledge-morning-talk-f18/cara-mandi-wajib-yg-betul-sedikit-petua-t55.htm
 

Our stori mori *_* Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare