Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Sharing is Caring : Kenali Teman Wanita anda :)

Posted by our stori mori *_* at 7:16 PM 1 kata kata laser


Mari-mari kita bicara mengenai kenal mengenali, jika dulu aku penah wat post mengenali lelaki kan,sila klik link:) sekarang, turn wanita pula :)

Perempuan ni banyak maksud tersirat die sebenar nya. dan selalu juga lelaki terkeliru dgn teman wanita kalian kan

."Tadi cakap lain, Sekarang tak ley pulak, U nie kenapa marah." <-- antara kata-kata si lelaki. Disenaraikan beberapa bait-bait perkataan yang kebiasaannya dapat didengari. Jum selami apa yang teman wanita kamu sedang maksudkan.

1.
FINE!! (ok!!)
- Perkataan ini akan digunakan oleh teman wanita anda sekiranya dia betul dan untuk menamatkan pertelingkahan. Paling penting di sini kamu perlu diam pabila ayat ini dikeluarkan. Jangan banyak tanya ok.

2. 5 MINUTES (kasi i 5minit/ok, 5 minit je)
- Sekiranya dia sedang bersiap untuk keluar dengan kamu, ini bermaksud lagi 30minit.
- 5 minit adalah 5 minit bila kamu hanya diberi 5 minit untuk menonton bola sebelum kamu perlu membantunya membuat kerja yang disuruh.

3. NOTHING (tak ada apa)
- Kamu tanya kepada teman wanita kamu dan dia berkata "nothing". Ini menandakan "something" dan kamu patut bersedia dengan perubahan emosi hormon diri teman wanita kamu.
- Pergaduhan yang bermula dengan "nothing" akan berakhir dengan "fine".

4. GO AHEAD (try la buat..)
-Ini adalah cabaran dari dia. Bukan keizinan! Lebih baik batalkan niat kamu ye.

5. LOUD SIGH (huh../hurm..)
- Ini sebenarnya bukan ayat tetapi bunyi hembusan nafas keluhan yang kuat. Banyak lelaki yang tersalah faham. "Loud Sigh" bermaksud teman wanita kamu dah bosan, dan mungkin malas untuk melanjutkan sesuatu pergaduhan yang kecil-kecilan atau pun bahasa kasarnya bergaduh dengan kamu mengenai satu benda yang bodoh.

6. THAT'S OKAY (ok, tak apa..)
- Perkataan yang paling bahaya yang boleh diungkapkan kepada kamu! Maksudnya, dia akan berfikir panjang selepas ini tentang bagaimana nak membalas dendam perbuatan kamu. ops!

7. THANKS
- Seorang perempuan berterima kasih kepada kamu. Jangan tanya kenapa atau sebab apa dan sebagainya. Cakap saja sama-sama:).

Selamat beramal:) Mungkin hubungan kamu dapat diselamatkan dan akan bertahan lama.

p/s : sebagai gadis, ada benarnyee penerangan di atas:)

Sumber ; ntah mane ntah, lupe sudah. di olah kembali oleh Nud:)
 

Our stori mori *_* Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare